isu nikmat datang lagi.
dah lama tidak berperasaan begini.
datang pula ia kembali.
well, tidaklah lama sangat, rasanya ada sedikit perasaan ini datang tatkala aku di perantauan.
perasaan diri lemah. dan tidak berguna. dan tidak berupaya.
:(
maaf, selagi saya tidak dapat membuang perasaan ini, saya rasa selagi itu saya tidak akan mampu jadi, tidak akan mampu yakinkan diri, tidak mampu menipu hati, bahawa saya yang terbaik untuk diri saya dan diri kamu. saya masih. masih terpaut dengan noda kekurangan diri. masih rela ditipu perasaan cacat hati. masih dibelenggu pmikiran kolot tentang keupayaan diri.
duit bukan segala. tapi dengan duit boleh menjadi salah satu musabab mata saya ok dengan izin Allah. tapi saya paham dan berkali-kali yakinkan diri bahawasanya Dia-lah segala. Dia-lah penentunya. hanya sunnah-nya yang telah tahu hala tuju saya dan diri saya dan peribadi saya. pulih mata bukan kerana usaha saya, tp adalah kerana kehendak-Nya.
sabar ya, jikalau Dia membenarkannya, saya akan boleh menjadi seperti yang lain, tapi khusus buatmu sahaja.
ya Allah ya tuhanku, Engkau tanamlah permanent keyakinan di dalam diriku, janganlah Engkau biarkan walau sekelumit doubt terkumis di pelusuk jiwaku. hanya pada-mu kuberserah, tuhan sekalian alam, yang maha Mengetahui, maha Adil. Amin...
>.<
/adam
No comments:
Post a Comment